Oktober 28, 19
Assalamualaikum, Mama menulis untuk Eisa baca sekiranya rindu. Hari ini, mama bawa Eisa bermain di padang rumah atok. Hujan renyai dan Eisa pakai topi. Haha comel je anak mama menggayakan topi tu. Di padang, ada angah, along, adam, dan dik mat. Seronok Eisa bermain basikal bersama mereka. Dalam perjalanan balik, Eisa pegang susu mama, mama spontan tolak pipi Eisa. Tapi Eisa balas balik dgn tampar mama. Mama pun jadi singa dan tampar pipi Eisa. Eisa menangis dan minta maaf. Macam ayah cakap, kalau mama dan Eisa gaduh. Mesti mama yg menang. Haha Eisa menangis cakap nak peluk, dan mama merajuk. Sampai je di rumah, Eisa masih pujuk mama dan mama maafkan. Peluk lepas tu Eisa ckp, nak tido. Oh man, awal lagi ni. Tapi lepas kencing dan gosok gigi. Mama tukarkan baju buat susu dan Eisa lena jam 8 malam. Awal kan. Lepas tu mama, sunyi dan rindu. Nak kacau, esok mama kerja. Ok, masa untuk tidur. Mama minta maaf sebab tampar Eisa ya. Mama love u.